Sabtu, 7 Februari 2009

Apam Balik

Semalam time keluar lupa plak nk singgah pasar malam beli apam balik. Takpe lah..lagipun apam balik kat pasar malam taman puncak jalil ni bukannya sedap sangat pun. Semuanya serba kekurangan (save budjet kot).. kacang sikit, jagung lagi la sikit...harap makan rasa tepung jer..daripada sakit hati, lebih baik tak payah beli.

Mujurlah berkenalan dengan web Myresipi, pas tu dapat plak kengkawan blogger yang baik2 ati yang pandai masak dan sudi kongsi resepi. Boleh ler belajar masak, dan buat apa yg teringin nk makan. Tak payah dh nk beli lagi..lagipun beli kat luar tu tak semestinya bersih, tambah plak beli kat gerai tepi jalan (aku cakap kat Taman Puncak Jalil ni lah).

Skang ni kat area taman umah aku ni, kebanyakan penjual gerai-gerai tepi jalan (goreng pisang, kuih muih, dll) tu ramainya orang Indon jer..diorang tu bukannya duduk kat rumah betul2 ni, tapi duduk dalam ceruk hutan tu (kiranya rumah haram dalam hutan tu lah..) pas tu niaga plak tepi jalan. Dh tentu tahap kebersihannya diragui..sbb tulah aku jarang beli kuih2 kat luar tu....


Resepi apam balik ni semestinya dapat dr Myresepi.

Bahan-bahan
>2 cawan tepung naik sendiri } diayak
>1/4 cawan gula
>1/2 sudu kecil soda bikarbonat
>sedikit pewarna kuning
>1 biji telur
>1 1/2 cawan susu segar
>1/2 sudu kecil baking powder

Filling:
>1 tin jagung krim
>1 cawan kacang tumbuk
>1 cawan gula
>sedikit mentega

Cara-cara
1.Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
2.Pukul lagi hingga sebati.
3.Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 jam
4.Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
5.Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
6.Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
7.Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

3 corat coret:

Rafizah Nordin berkata...

eh noorma,apam balik ko ni rangup tak?aku pernah gak wat apam balik tp tak rangup.aritu ade jumpe kat myr resepi yg rangup tapi buat tak jadi la pulak...

skrg ni mmg ramai indon2 berniaga...kat kawasan rumah aku ni pun camtu gak...

Noorma berkata...

Fiza, yg ni gebu version, aku pernah buat yg rangup, memang bahan-bahannya tak sama...

Kimizo berkata...

peh memang best
ni rasa beli apam balik lak ni
:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...