Sabtu, 10 Januari 2009

Masak Lemak Telur Itik

Hari ni turn aku plak masak gulai lemak telur itik. Malam tadi pegi pasar borong (pasar borong selangor ni lebih meriah kalo pegi sebelah malam) beli ler telur itik ni, dapat sebiji 60sen. Lepas tu pegi plak bahagian sayur kampung konon nk cari belimbing buluh, tp takde...hu,hu,hu,,tak kesampaian jugak..... kata endon yang jual tu belum musim, nampak beno pembohongnya, setahu aku belimbing buluh ni memang takde musim mcm durian, rambutan tuh. Ada je berbuah 24 jam (kalo kat kg aku, buahnya bersepah jatuh ke tanah)

Masak lemak ni aku lebih suka ikut style negeri sembilan. Takde bawang ataupun serai. Dh memang itulah selera hubby.

Bahan-bahan
>telur itik (suka hati nk letak brapa bijik)
>santan secukupnya (kalau wat gulai ni, aku suka pekat sikit kuahnya, so lebihkan santan)
>cili padi kampung*
>kunyit hidup*
>garam kasar*
>asam keping
>serbuk perisa

Cara-cara
1.Bahan-bahan * ditumbuk lumat (awas kena mata, nk selamat pakai spec)
2.Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dalam periuk. Tambah sedikit air dan masukkan asam keping.
3.Didihkan sebentar
4.Kemudian, masukkan santan pekat. Leh tambah air sedikit.Biar kuah mendidih.
5.Perlahankan api dan pecahkan telur perlahan-lahan ke dalam kuah. Jangan dikacau
6.Biar hingga telur keras dan boleh tambah perisa.
Siap

Masak lemak telur itik ni aku hidangkan bersama sambal bacang dan ulam daun selom. Goreng plak ikan kembung rebus. Kebetulan ada telur itik masin. So bedal jer lah.... JEMPUT MAKAN SUME !

6 corat coret:

mommy otai berkata...

kombonasi lauk yg umphhh..nk jgkk..tk malu ni nk mtk laukk..hehe

noorma berkata...

meh ler ambik mek farah oiiiii :D

Rafizah Nordin berkata...

amboiii terliurnye tgk sambal ketuk bacang tu...aduhaiiiii
pg tadi kite g paso.kgkonon nak cari tempoyak tp elok2 aku sampai,tempoyak dah habih, boleh???tmpt lain pun ade juai tempoyak tp aku lbh suker beli kat mak cik sorang ni sbb tempoyak dia manis.klu wat sambal ketuk cili api mmg syiok gilos!!!!hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kat umah kita ni kalo stok tempoyak abis, memang tak senang duduk,,,ish nk buat sambal tempoyak la jugak..!!

anawahid berkata...

noorma, apa rasa telur itik erkk.. sama x cam telur ayam.. kalo yg masin tu taw la.. huhuhu jakun nih...ekeke

noorma berkata...

La...tak pernah rasa telur itik rupanya sahabatku ini.
Ana, telur itik tu rasanya macam telur ayam lah jugak, kalo takde telur itik, wat gulai lemak telur ayam pun sodap :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...