Rabu, 31 Disember 2008

Makan Malam Hari Ini

Hubby aku asyik balik petang jer, jadi sebelah tengaharinya aku tak masak. Untuk anak2 aku masak jer apa yang diorang suka makan-speggeti, nugget, burger dll.
Untuk malam ni, aku masak ala2 kat kedai tomyam tuh, siakap masam manis, daging paprik, sambal belacan dan sup daging....



Ni paprik daging. Kacang panjang tu berkat usaha aku bercucuk tanam kat belakang umah. Banyak pulak berbuah kali ni.


Ni Siakap Masam Manis. Ikan siakap ni hubby aku g memancing kat kolam bayar di sentul. Bersungut masa dia dapat tangkap ikan ni... "huh, ikan kecik' beratnya hampir 2 kilo. Dia tak puas hati sebab selalu tangkap ikan yang besar2, dalam 3 kilo ke atas. Selama ni dia slalu memancing kat Port Kelang (kolam bayar sea lion) Belagak ler tu!!

Sambal belacan...menu wajib ada. Kalo takde memang tak "kik". Ulam kacang botol (pun hasil dr belakang umah)


Hidangan malam ni. Sup daging tu tinggal sikit jer (tengahari tadi buat, makan dengan mee)

Lepat Labu

Asyik lepat pisang jer, kali ni wat lepat labu plak... tapi anak2 dan hubby tak brapa suka, aku jer yang minat lepat ni. Takpelah..takkan nk ikutkan tekak diorang jer kan...takkan nk kempunan plak...

Bahan-bahan
>isi labu-dibuang kulit, dipotong dan dikukus hingga lembut
>tepung gandum
>sedikit tepung kastat
>sedikit tepung ubi
>gula pasir
>kelapa parut putih-digaul dengan sedikit garam
>daun pisang secukupnya

Cara-cara
1.Isi labu yang dah masak dilenyek hingga halus.
2.Masukkan tepung gandum, tepung ubi,tepung kastat dan gula. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula
3.Layur daun pisang dan bersihkan. Potong kecil (ada juga yang suka celur dalam air panas)
4.Letak sedikit adunan labu tadi ke atas daun pisang. Leperkan.
5.Ambil kelapa parut dan letak atas labu tadi
6.Gulung dan susun dalam periuk kukus
7.Kukus selama 1/2 jam
8.Siap

Lepas lepat ni masak, aku sejukkan dan kemudian letak dalam esbox. Aku suka makan lepat sejuk....





Selasa, 30 Disember 2008

Kek Coklat Moist

Hari ni buat kek coklat plak. Dh lama Irfan request tp mama dia asyik malas jer..(banyak menghabiskan masa depan tenet ni hah) Tengahari ni tak masak, sbb hubby balik petang, so bolehlah wat kek ni.

Sebelum terciptanya blog aku ni, dh selalu sangat buat kek coklat respi kak Izan ni, sampai ada jiran tetangga yang mintak resepi. Keknya memang moist dan sedap. Jom kita share respi tuh kat sini yer

Bahan-bahan
A
>2 cawan tepung gandum
>2 sudu kecil baking powder
B
>2 cawan gula halus
>4 biji telur gred A
>250 gm buttercup
>2 sudu kecil esen vanilla
C
>1 cawan serbuk koko
>1/2 cawan gula halus
>1 cawan air panas
>1/2 cawan susu cair

Ganache
>100gm coklat masakan
>1 sudu besar susu pekat manis
>3 sudu besar air panas

Cara-cara
1.Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan (Bahan A)

2.Masukkan bahan C -serbuk koko,gula halus dan air panas
Jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat
Sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.

3.Pukul bahan B - butter dan gula hingga kembang
masukan telur sebiji-sebiji,diikuti esen vanilla. Gaul rata
4.Masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

5.Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

6.Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

7.Untuk moistnya satukan coklat masak, susu pekat manis dan air panas. Cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.


Selamat mencuba.

Isnin, 29 Disember 2008

Daging Goreng Asam

Menu hari ini, daging goreng asam. Lauk faberet aku dari kecik. Dan dah jadi faberet along plak sekarang. Senang jer nk buat.Bahan-bahan
-daging (dihiris nipis)
-bawang merah-dipotong bulat
-cili kering-dipotong pendek2, ganti cili merah/cili padi pun boleh
-air asam jawa
-kicap cair
-minyak masak
-garam, perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak. Masukkan daging yg dihiris dan masak sampai empuk. Boleh tambah sedikit air.
2.Bila daging dh empuk, masukkan air asam jawa (jangan banyak sangat) garam, perasa, kicap cair, dan cili kering yang dipotong
3.Kacau dan sesuaikan rasa. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat, kacau sekejap dan angkat.
Senang jer kan!!


Ni menu untuk hari ini, daging goreng asam, asam pedas ikan, ikan keli goreng dan sambal minang. Tamat dh resepi untuk hari ini, esok apa plak yer?

Khamis, 25 Disember 2008

Baked Macaroni & Cheese

Merry Christmas (pada yang menyambutnya) Pada yang tak sambut, kita dok depan tv tengok citer2 yang best tu.

Hari ni hubby kerja(huh...rugi kalo tak kerja, tripple beb..kata dia lah). Katanya ada shutdown, so aku anggap kalo ada shutdown, mesti balik lambat/petang Jadi hari ni tak payah la nk masak nasi.Laki aku ni tak brapa suka makanan western ni, maklum ler tekak Hang Jebat. Tapi anak2 sume suka, especially along, kalo pasta, pizza memang dia makan banyak

So hari ni projek Baked Macaroni & Cheese pagi ni. Dah lama tak buat. Kalo dulu selalu tengok citer kartun Barney & Friend, selalu jugak aku buat. Dlam citer tu, Barney tu buat macaroni dan makan ramai2 sambil nyanyi lagu "macaroni, macaroni, macancheese!!! .. la,la..la...." dan bila aku masak, anak2 aku pun nyanyi ler mcm lagu tu sambil makan.




Resepi macaroni ni...leh amik dr umah Hana, Min, Diana, dll (kalo nk yang the real baked macaroni and cheese la....)

Tapi yang aku punya ni, aku goreng jer macaroni tu mcm biasa (mcm respi pasta carbonara, spiral goreng, dll) kemudian aku buat sos putih dan siram atas dia dan bako sekejap (kalo ada parmesan cheese, leh tabur atas dia sebelum bako, lagi best.... dan jadilah Baked Macaroni and Cheese

Kalo tak sedap pun, bukannya ada orang yang nk komen. Anak2 aku pun dh licinkan pinggan tu.

* Sian kat Santa Claus, kalo dia datang takde benda nk makan, dh habis!! ..ha,ha,ha.......

Rabu, 24 Disember 2008

Daging Masak Merah

Lauk untuk dinner malam ni. Daging Masak Merah. Hari tu makan kat kedai tomyam, tak puas la..so hari ni masak sendiri plak. Makan dengan omallet udang.


Bahan-bahan
~daging-direbus dahulu, kemudian potong nipis
~bawang putih-ditumbuk kasar
~bawang merah-dipotong bulat
~cili merah, cili hijau, cili padi-dipotong
~cili kisar
~sos tiram
~sos tomato
~sos cili
~garam, perasa


Cara-cara
1.Tumis bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar-goreng hingga masak/pecah minyak
3.Masukkan sume jenis sos diikuti dengan daging yang direbus tadi
4.Tambah sedikit air. Tutup seketika
5.Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan cili merah, cili hijau dan cili padi jika suka
6.Tabur dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang.
7.Siap


Omalet Udang

Resepi dr iklan susu ideal kat tv. Ala, macam telur dadar biasa, tp yang ni ditambahkan dengan cendawan, tomato dan udang.


Bahan-bahan
>beberapa ekor udang
>2 biji telur
>1 biji bawng kecil-dihiris halus
>1 biji cendawan butang-dipotong kecil
>karot-diracik
>cili merah-dihiris
>susu cair
>daun sup, daun bwang
>tomato

Cara-cara
1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bawang merah,susu cair, karot, daun sup,daun bawang, cili merah, tomato, dan garam
2.Panaskan minyak, tumis cendawan dahulu, kemudian udang (jangan sampai garing)
3.Terus masukkan telur dadar tadi
4.Masak macam biasa


Sesuai dihidangkan dengan nasi panas. Nyum,nyum!!

A Gift From Hubby

Minggu lepas, masa g jalan2 kat Jusco, aku berkenan kat non stik pan, belek punya belek aku letak balik, bukan apa, satu kuali jer dekat rm100.00, huh..kang lari plak budget aku bulan ni.

Baru jap tadi, hubby aku balik, aku tengok dia senyum jer dari jauh. Pas tu dia tanya dh masak ke belum, aku kata dah. Aku jengok dalam bakul motor dia, ada plastik. Dia kata dalam plastik tu buku pancing dia (hubby aku memang beli majalah pancing setiap bulan) Aku diam jer lah, tapi aku tengok ada benda lain selain majalah pancing tu. Aku pegi dekat, dan tengok dalam bungkusan tu ada benda yang aku nak ni.... yeah! yeah!

Al kisah bermula semalam, aku nk masak tosai, guna kuali leper biasa tu....aduhai...melekat, sampai takleh nk masak. Aku pun apa lagi, membebel lah. Lastly aku simpan balik adunan tosai tu dalam esbox. (adunan tosai yang aku buat semalam tu aku lebihkan kacang ulunthu, terlebih masam sikit, sbb tu melekat)
Agaknya sebab tulah hubby aku beli non stik pan ni kot. Tak nak aku membebel setiap kali buat kuih dadar, lempeng atau tosai. Apapun thanks abang! !
Inilah non stik pan yang aku idam-idamkan. Jenama tefal. Selalu tengok dalam Asian Food Channel, ada kuali green pan, tapi kalo nk order, kena dalam Singapore Dollar, dan bila aku convert balik dalam rm, dekat rm 160.00. Yang Tefal ni baru rm89.90.

Ni plak kuali empat segi. Jenama Bon Chef. Entah apa ler sebab dia beli benda ni pun aku tak tau. Sebab bentuknya segiempat kot. Kualinya bersegi-segi kat permukaan tu. Tulis kat situ untuk grill. Oh..agaknya gril daging la kot!! Yang ni plak murah sikit dr Tefal tu, harganya rm79.90


Kek Kukus Velvet Hawflakes (again!! )

Ni projek dengan Puan Manisah (isya) semalam. Dh lama dia nk makan kek ni, dia ajak aku datang umah dia buat sama-sama, tapi tau-tau jerlah...bz....
Semalam, pc ni ada kat kedai lagi, aku boring sangat dok kat umah ni. So call dia (kebetulan dia cuti, menghabiskan cuti tahun)...apa lagi, ajak dia datang buat kek ni.
Kali ni kami cuma guna 2 biji telur jer (sebab saiz AA). Yang dulu tu guna 3 biji telur dr saiz B. Kek kali ni tak cukup hawflakes la plak (sebab buat banyak lapisan), dan penyelesaiannya-guna prune. Kebetulan prune dalam esbox tu tak tersentuh pun. kenapa buat 1/2 adunan? sebab periuk kukus aku tuh kecik jer, hanya muat untuk 1/2 adunan jer .


Resepinya? klik sini yer dh buat masa raja aji ari tuh.


Sambil tunggu kek ni masak sepenuhnya, kemudian sejuk, kami tengok citer hindustan kat Astro Box Office, citer Annamika...ingatkan citer hantu, rupanya cite triller...sambil tu makan pizza yang dipesan bersama jus guava...yum,yum... Thank Isya sbb belanja! (maklum ler dapat bonus kan)

Selasa, 23 Disember 2008

Apam Gula Melaka

Minggu lepas asyik tengok ana menayang apam jer...teringin lah plak. Ni sepatutnya entri semalam, tp semalam pc wat hal, rupanya kena virus, terpaksa lah di format balik.
Thanks Ana sbb kongsi respi apam yang sedap ni. Aku makan macam tu jer, tak sempat nk g kedai beli kelapa parut. Kalo ada kelapa mesti lagi sedap kan !

Sori ana, kita copy respi ni dr umah awak.

Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula merah
2sb gula pasir
1 st yis segera
1 st garam
350ml air suam
kelapa parut putih+garam-kukus sekejap *

Cara2nya:--
1.satukan semua bahan kering dlm bowl yg besar.
2.tuang air suam.kacau sampai sebati dgn whisk.
3.pukul2 lama ckit.tutup dgn plastik.
4.biar beberapa jam utk mengembang(penuh bowl pun xper)
5.sapu tin dgn minyak
6.kacau sikit then tuang adunan dlm tin
7.rehatkan sekejap(naik ckit)
8.didihkan air dlm kukusan
9.kukus adunan 1/2 jam dgn api kuat
10..sejukkan sebelum dipotong..
11.hidangkan dgn kelapa parut yg telah dikukus.




Ahad, 21 Disember 2008

Roti Nasi

Dah lama teringin nk buat roti nasi ni, tapi banyak plak halangannya, nasi takde lah, tepung roti habis lah dan yang paling utama, takde masa, sebab hubby cuti 2 minggu, bila dia ada rumah payah sikit nk wat roti atau kek ni...dia asyik ajak berjalan ke sana ke mari jer... dan bila dh balik umah, letih, masak plak ala kadar jer

Dan hari ni dia dh start keje (biasalah kalo dh keje, dapatlah aku rehat sikit kat rumah, masa terluang tu bolehlah buat roti nasi ni

Jeles jugak tengok kak Chik, Hana dan Fiza asyik membuat roti jer...so hari ni aku pun try ler....



Bahan-bahan
~80 gram nasi putih
~100 ml air
~250 gram tepung roti
~60 ml susu segar
~4 gram dry yeast
~2 sudu besar gula
~20 gram butter atau marjerin
~1 sudu kecil garam

Cara-cara
1.Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
2.kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3.masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
4.rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5.kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
6.letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
7.keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.

Sabtu, 20 Disember 2008

Ikan Kukus

Hari ni takde mood nk masak lauk yang berlemak, berminyak. Kiranya hari ni makanan orang diet lah..sebab semalam dh makan makanan yang banyak kalori. So hari ni kita buat ikan kukus yer....

Aku memang suka makan ikan kukus ni, tapi tak slalu buat sbb hubby tak brapa suka. Tapi hari ni dia macam tak kisah jer, so aku masak jer lah...

Bahan-bahan
>sekeping ikan (tenggiri ker, ikan merah ker, atau bawal)
>bwang merah*
>bwang putih*
>halia*
>cendawan tiram -
>buah plum -optional kalo suka
>karot-dihiris halus
>serbuk lada sulah
>sedikit sos tiram
>sedikit serbuk meggi secukup rasa
>setitik dua minyak bijan
>setitik dua sos ikan
>garam, perasa
>daun sup, daun bawang, bwang goreng-untuk ditabur diatas ikan

Cara-cara
1.Panaskan kukusan, bahan2 bertanda * dihiris halus
2.Dalam mangkuk tahan panas, masukkan semua bahan-bahan.
3.Kukus sampai ikan masak
4.Akhir sekali sebelum menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng..

Senang jer kan...

Sup telur puyuh bersayur

Semalam pegi pasar, hubby beli telur puyuh ni, kononnya nk rebus dan buat sambal tumis. Dia beli banyak, so aku ambik sikit dan buat sup untuk budak2 ni. Diorang ni kalo takde sup, memang tak selera nk makan. Sian la plak....

Bahan-bahan
>telur puyuh-direbus dahulu dan dibuang kulit
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk
>karot, jagung muda, bunga kobis
>kobis panjang
>cendawan
>udang hidup
>serbuk lada sulah
>garam, perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak.Tumis bwang merah dan bawang putih bersama serbuk lada sulah.
2.Masukkan air. Tunggu hingga mendidih
3.Masukkan sume bahan-bahan lain. Biar mendidih sekali lagi
4.Letak garam dan serbuk perasa
5.Siap...

Jumaat, 19 Disember 2008

Ayam Goreng Daun Kari

Ayam Goreng Daun Kari ni adalah hidangan wajib yang kami pesan setiap kali berkunjung ke restoren tomyam di batu 13,Hulu Langat nun.. tapi kat sana dia guna ayam kampung,memang best...

Jom layan jer resepi ni

Bahan-bahan
>ayam-dipotong kecil
>garam
>serbuk kunyit
>rempah kari daging >tepung beras
> daun kari -banyak sikit, baru naik baunya
>bawang besar -dibelah 4
>kacang panjang- dipotong
>cili kering-dipotong


Cara-cara
1.Ayam digaul bersama garam, perasa,serbuk kunyit, serbuk kari dan tepung beras.
2.Goreng ayam tadi
3.Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kari, bawang besar, kacang panjang dan cili kering.
4.Goreng hingga ayam tadi garing.
5.Angkat dan toskan. Siap

Ni lauk untuk makan tengahari ni. Asam pedas ikan, ayam goreng daun kari, sambal tempe dan kerabu taugeh

Asam Pedas

Sebenarnya kat umah ni memang jarang buat asam pedas, mungkin sebab anak2 tak leh makan (sebab pedas) tu yang tak selalu buat. Dan lagi satu, aku memang tak brapa pandai masak asam pedas ni. Kalo mak mertua aku masak (melaka style) kuahnya mesti pekat, mau dekat 1/
2 kilo cili dia guna. Kalo cara mak aku plak, kuahnya cair jer.
Bagi aku plak, aku lebih suka masak asam pedas rebus jer (sbb takde minyak, leh diet sikit) tp hubby plak tak suka...hish..memang banyak kerenah orang kat umah ni

Resepi ni ikut style aku jer, cedok resepi dr mak aku sikit, Eja, Mak Long...akhirnya jadilah asam pedas my style

Bahan-bahan
>ikan (aku guna ikan jenahak)
>cili kering (ikut suka nk banyak mana)
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>serai*
>kunyit hidup* (guna serbuk pun boleh)
>belacan*
>ketumbar biji (sikit jer)
>air asam jawa
>bendi/terung bulat
>daun kesum-dirampai halus
>halba campur
>garam, perasa

Cara-cara
1. Bahan yang bertanda * dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus
2. Panaskan periuk, masukkan minyak masak.
3. Tumis bahan yang dikisar halus tadi bersama dengan halba campur. Tumis sampai naik bau, pecah minyak
4. Masukkan air (sebanyak mana yang dikehendaki) dan biar hingga kuah mendidih
5. Masukkan ikan, bendi/terung bulat. Tunggu hingga mendidih lagi
6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalo suka)
7. Akhir sekali, sebelum ditutup api, taburkan dengan hirisan daun kesum. Siap

Khamis, 18 Disember 2008

Laksa

Laksa lagi.....ni kes si along, time g pasar malam jer mesti request laksa, tp hari tuh makcik yang jual laksa tu tak berniaga (hujan, dia malas tanggung risiko, so tutup gerai), so aku ler yang kena buatkan laksa untuk dia.

Bahan-bahan untuk kuah laksa
>ikan kembung-direbus dan diambil isinya
>bawang merah
>belacan
>petis
>cili kering kisar
>asam keping
>bunga kantan-dibelah 4
>daun kesum
>air
>garam, perasa


Cara-cara
1.Ikan kembung direbus, kemudian toskan. Ambil isinya dan asingkan tulangnya. Isi ikan diblender dan asingkan dalam satu bekas
2.Sementara itu, tulang-tulang ikan tadi jangan dibuang. Blender bersama sedikit air hingga halus dan tapis.
3.Bersihkan blender dari sisa tulang ikan dan masukkan bawang merah, belacan dan cili kisar. Blender sampai halus
4.Masukkan bawang yang diblender tadi ke dalam periuk bersama dengan air kisaran tulang ikan yang ditapis tadi.
5.Letakkan bunga kantan, daun kesum. petis dan asam keping.
6.Hidupkan api dan masak sampai mendidih.
7.Masukkan air dan isi ikan yang diblender. Kuantiti air bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kalo kurang masam, boleh tambah lagi asam keping.
8.Masak sampai mendidih.


Bahan-bahan lain
>laksa-direbus dahulu
>timun-dicincang
>bawang merah-dihiris halus
>daun salad-dihiris halus
>cili merah, cili padi-dihiris halus
>daun pudina
>telur rebus


Sebenarnya aku dh terbiasa buat laksa macam ni, dr kecik lagi dh tau macam mana nk buat kuah laksa ni.Sebab tu aku tak brani nk cuba resepi laksa yang lain. Kang tak makan plak Hang Jebat aku tuh. Dia tu banyak ragam sikit. Kalo lain macam jer, dia jamah dua tiga sudu jer. Kang aku yang sakit ati, so baik tak payah buat.

Kengkadang tu teringin jugak nk makan Laksa Sarawak? Macam manalah rasanya yer? Laksa Nyonya aku dh pernah buat. Pun tak mendapat sambutan kat umah ni. Sama la nasib dengan laksam. Kalo teringin sangat nk makan laksam, aku beli jer. Tapi tak boleh selalu ler, sebab kuah dia berlemak, kang berlemak plak badan aku ni. ..he,he,he....jaga badan bebbbb......

Rabu, 17 Disember 2008

Stim Strawberry Cheese Cake

Projek petang ni... teringin sangat nk makan cheese kek tp nk ada strawberi sama...ni kes jeles tengok strawberi Hana hari tuh. Akhirnya, jadilah strawberry cheese kek ni.

Bahan-bahan
>1/2 cawan gula
>1/2 cawan butter-dicairkan
>1 cawan tepung kek
>1 biji telur
>150 gm cream cheese-dibiarkan pada suhu bilik
>100ml strawberry yogurt
>4 sudu besar susu pekat manis
>1 sudu teh ovallet
>beberapa titik esen vanila
>beberapa titik pewarna merah (jika suka)
>1 sudu kecil strawberry emulco
>buah strawberry kering-dicincang (jika suka)

Cara-cara
1.Pukul gula dan telur hingga kembang
2.Masukkan esen vanilla, strawberry emulco, dan yogurt. Putar lagi
3.Masukkan susu pekat manis, cream cheese, ovallet, kacau hingga kembang.
4.Bila bahan-bahan dah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan butter yang dicairkan tadi. Kalau suka masukkan pewarna merah dan buah strawberry cincang
5.Masukkan dalam acuan yang dialas kertas minyak
6.Kukus selama 40 minit atau hingga masak




Ahad, 14 Disember 2008

Apple Puff

Akhirnya, dapat jugak aku beli pastri puff jenama kawan ni..selama ni dia tak nk 'kawan' ngan aku rupanya. Selalu jugak ronda2 kat supermarket, tp tak pernah berjumpa. Kat tesco & jusco memang takde, ni pun jumpa kat Giant, masa g beli kulit popia. Saiznya pun kecik jer, ada 10 keping kat dalam tu.

Kalau kat Yen Bakery tu, dia jual satu roll besar, harga plak rm 15.00. Mak aiiii..banyak beno, memang tak terabish.... kalo untuk buat party boleh ler beli.

Ok...projek pertama dengan kulit pastri ni. Apple Puff Sedapnya, sampai si kecik ni dapat makan sikit jer, mintak lagi dh takde, takpe esok mama buat lagi yer. Lepas ni boleh la beli pastri dr Yen Bakery tu plak.

Bahan-bahan
>pastri puff
>apple merah-dibuang kulit dan dipotong dadu
>gula perang
>serbuk kulit kayu manis
>sedikit butter
>kuning telur-untuk disapu di atas pastri

Cara-cara
1.Epal,gula perang & butter dimasukkan dalam periuk. Tambah sedikit air dan masak hingga epal lembut. Sejukkan sebentar.
2.Ambil sekeping pastri puff dan letakkan inti epal tadi diatasnya. Sapukan kuning telur di bahagian tepi dan lipat dua.
3.Tekan dengan garfu dibahagian tepi puff (agar puff tidak terbuka masa bakar nanti)
4.Sapukan dengan telur untuk mendapatkan puff yang cantik dan berkilat
2.Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.






Daging Bakar + Budu

Hidangan tengahari ini. Daging Bakar dan Budu...emmm..sedapnya... walaupun aku ni orang Perak dan hubby orang melaka, tp kat dapur kami memang tak kering stok budu. Ada jer, kengkadang tu goreng keropok lekor pun cicah dengan budu. Pelik jugak selera kami ni.


Pertama kali diperkenalkan dengan budu ni masa aku study kat Um, rakan serumah kak Hanim (orang kelantan) yang ajar aku makan, tapi masa tu dia makan dengan tempoyak. Aku plak masa tu tengah demam, so memang takleh ler nk mencuba .
Sampai ler aku dok kat Bukit Jalil ni, satu hari aku tengok drama kat tv, lakonan Catriona Ross, citer pasal budulah jugak..aku tengok berselera sungguh dia makan, cicah dengan ulam.

Malamnya aku pun merayaplah g pasar, pergi kat kedai yang menjual barang-barang dari pantai timur. Mula-mula tu malu jugak nk tanya, tapi teringin punya pasal, tanya jer lah....Disebabkan loghat kami ni lain macam, pekedai tu pun tanya.."kakak ni orang mana, bukan orang kelatan/terengganu kan?"
"Ye, kami bukan orang pantai timur, tapi memang teringin nk cuba makan benda ni,"
Makcik tu pun rekomen budu cap gajus (ketereh) kepada kami. Dia juga ajar aku cara nk makan budu ni, cicah dengan ikan bakar dan ulam-ulam seperti jantung pisang, kacang botol, kacang panjang, dan lain-lain.

Sejak hari tu, kat dapur aku ni ada jer budu. Sampaikan mak aku (yg mix pakistan+melayu) pun boleh makan budu ni. Mula tu aku tak nk bgtau kat dia benda tu budu, mesti ler dia tak sentuh, aku cakap air asam jer, tp bila dh habis makan, baru aku cakap.... mak aku terkejut, katanya ''eh, sedap plak, tak berbau hanyir pun". Lepas tu aku gelakkan mak aku sebab dh berjaya bagi dia makan budu. ha,ha,ha.........

Lauk hari ini, daging bakar, budu, sambal tumis sotong dan lemak putih petola. Makan budu ni kena dengan lauk kampung, kalo kari memang tak masuk.... he,he,he

Sabtu, 13 Disember 2008

Putu Mayam

Ni hidangan petang kami sekeluarga. Hari tu teman ym (fendi) ada cakap, putu mayam ni kalo makan ngan kuah kari pun sedap. Aku tak tahu la plak, sebab selama hari ni cuma makan dengan kelapa parut dan gula merah jer. So hari ni try ler makan dengan kari...sedap la jugak..tp anak2 lebih suka makan dengan kelapa..nk buat mcam mana kan..... masing-masing punyer tekak.

Bahan-bahan300 g tepung beras
1 camt garam
500 ml air
kain jarang/muslin
penyejat rotan

Cara-cara
1.Sangai tepung beras atas api perlahan hingga panas (jangan sampai keperangan).
2.Ayak dengan garam ke dalam mangkuk besar.
3.Tuangkan air dan gaul sebati.
4.Isikan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan tanpa henti hingga adunan keras.
5.Kacau cepat-cepat hingga adunan tidak melekat di sekeliling periuk.
6.Angkat dan biar doh sejuk sedikit.
7. Jerang air hingga mendidih dan terbalikkan penyejat rotan ke atas air mendidih tadi.
8.Alas dengan kain muslin.
9.Isikan adunan ke dalam acuan putu mayam dan tekan ke atas kain tadi (dlm bentuk membulat). Jangan terlalu rapat.
10.Kukus selama 8-10 min atau hingga masak.
11.Angkat dari kain dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Sesuai dihidangkan bersama kelapa parut putih & gula merah ataupun bersama kari ayam/daging/ikan

* acuan putu mayam ni sama ler macam acuan yang buat maruku tu, cuma tukarkan pallet dia jer, pilih yang lubang-lubang halus tu . Kalau takde jugak, guna acuan yang buat biskut tekan-tekan tu, ala...biskut kastart ke apa ker... (sori..tak tau nama biskut tu)

Jumaat, 12 Disember 2008

Masak Lemak Nangka + Ikan Masin

Hari ni wat masak lemak nangka. Kali ni leh wat pedas, sebab budak2 memang tak sentuh masak lemak ni.

Bahan-bahan
>nangka muda-dipotong dan direbus sampai empuk
>cili padi
>kunyit hidup
>santan
>ikan masin (yg bertulang lagi sedap)
>garam, perasa
>daun kunyit-jika suka
>asam keping

Cara-cara
1.Cili padi dan kunyit ditumbuk hingga lumat.
2.Kemudian, masukkan ke dalam periuk bersama ikan masin. Masukkan sedikit air dan rebus sebentar.
3.Masukkan santan diikuti dengan nangka muda yang direbus tadi.
4.Kalau belum masin, tambah garam dan serbuk perasa
5.Masukkan daun kunyit jika suka.
6.Biar mendidih, dan bolehlah diangkat

Khamis, 11 Disember 2008

Tom Yam Campur

Hari ni buat tom yam pulak. Dalam musim ujan2 ni, sedap makan makanan panas-panas. Aku selalunya akan celur bihun atau kuetiau untuk makan bersama tomya ni..kalau lagi pedas, lagi best, tp disebabkan ada budak2 ni, so takleh ler pedas-pedas sangat.


Resepi ni aku main campak-campak jer. Daun ketumbar takde, so aku ganti dengan australian pasley..sebab rasa dan baunya pun lebih kurang jer.

Bahan-bahan
>isi ayam
>udang
>sotong
>karot
>cendawan tiram
>batang salery
>cili padi-dititik
>serai-diketuk
>lengkuas-dititik
>kiub tomyam
>bawang besar-dibelah 4
>tomato-dibelah 4
>sos ikan
>garam, perasa
>limau nipis
>bawang goreng
>daun ketumbar-dihiris

Cara-cara
1.Dalam periuk, masukkan air, serai yang diketuk, lengkuas..masak hingga kuah mendidih
2.Masukkan kiub tomyam, diikuti dengan ayam, sotong, udang.
3.Masukkan sayur-sayuran yang lain.
4.Letak sos ikan, garam dan perasa
5.Akhir sekali, perah jus limau dan tutup api. Semasa menghidang tabur bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.

Rabu, 10 Disember 2008

Kari Kepala Ikan Jenahak

Hari tuh my hubby g memancing kat kolam bayar air masin di Port Klang, dapatlah ikan jenahak yang seberat 3 kilo lebih ni.... Laki aku tuh memang kaki memancing, kalau sehari tak memancing, mau gatal satu badan dia. Tapi ada pantang larang plak kalo dia g memancing, aku tak leh ikut, sebabnya kalo aku dan anak-anak ikut, gerenti dia tak dapat sebarang ikan punya. Membazir duit jer.
Tapi kalo dia g sorang-sorang,,pasti kami sekeluarga dapat merasa ikan besar yang fresh lagi sedap, siakap, jenahak, senangin dan lain-lain. Dan, untuk tidak menghampakan semua pihak, so baik jer aku dan anak2 tinggal kat umah atau g window shopping jer. Nanti bila papa dia balik, boleh masak ikan besar.
Ni kari kepala ikan jenahak. Ikan ni punyalah keras tulangnya sampai payah aku nk belah dua kepalanya. So aku cuci bersih2, rendamkan dalam air beras bercampur perahan limau purut, dan masak seketul gedebak besar mcm ni. Kalau ler mak aku tahu aku macam macam ni, sure kena leter punya.!!

Resepi kari ikan ni ada kat dalam almari resepi aku tuh. Klik sini yer. Masak kari ikan ni sama jer, cuma lebihkan air asam untuk menghilangkan hanyir ikan tuh. Jangan letak santan banyak sangat, nanti muak plak. Kalau ikut indian style, tak letak langsung.



Ni lauk-lauk sampingan kami hari ni. Daging masak kicap, sambal tempe goreng, dan ikan bawal cermin goreng rangup. Jemput makan sume !!

Isnin, 8 Disember 2008

Juadah Hari Raya

Hari Raya yang suram jer. Dari subuh tadi, sampai la sekarang ni (8.00 mlm) asyik hujan jer. Nk pegi beraya kat rumah saudara pun malas. Sebenarnya aku dh bercadang nk ke Shah Alam, rumah kawan-kawan (baiyah dan isya) tp disebabkan cuaca tak brapa baik, so aku batalkan niat tu. Takpe lah..pegi lain kali jer..sori yer Baiyah, Isya...

Ni juadah untuk pagi raya. Ketupat palas (dalamnya ada kacang mata hitam), rendang daging+hati, kuah kacang dan agar-agar cendol. Sebenarnya aku ada jugak buat nasi goreng..tp malas ler nk enter frame kat sini. Kebetulan ada nasi lebih, so goreng lah.

Aku dr kecik memang dh diajar buat ketupat palas ni...buatnya senang jer..daripada membako lemang tuh. Orang sebelah utara memang suka makan ketupat palas ni. Dan kuah kacang tu plak dibuat untuk mak mertua aku ler..tiap2 tahun, tak kira raya puasa/haji, aku mesti buat kuah kacang ni untuk mak mertua aku tuh. Beberapa tahun lepas aku dh ajar orang tua tu cara buat kuah kacang ni, tp sampai sekarang tak pas lagi. Dia kata asyik tak menjadi jer. Eleh...alasan ler tuh..malas nk buat...apa lagi..suruh ler menantu ni buatkan....
untuk resipi kuah kacang, klik sini yer

Ok lah kengkawan, Slamat Hari Raya Aidil Adha..kalau ada terkasar bahasa dalam penulisan di blog ini, mohon maaf yer...(yelah..guna perkataan 'aku' kata ganti diri) Dh terbiasa cakap ngan kengkawan mcm tu...bukan kurang ajar yer..

*Esok, aku ada urusan sikit kat bank.Buatkan akaun SSPN untuk budak2 ni. Diorang kata leh kurang income tax (kalau betul..legalah sikit..banyak beno kena bayar balik kat kerajaan tuh tiap2 tahun) Pas tu ke rumah mak mertua lagi (nk bawak orang tua tu g shopping barang-barang rumah)...ish..dengan aku lagi...tp takpelah...tak susah pun...huh...letih la lagi esok..... Bye !!

Ahad, 7 Disember 2008

Kek Kukus Velvet Hawflakes

Yeh,,yeh...akhirnya dapat jugak aku buat kek lapis kukus ni. Asalnya nk buat pagi tadi, tapi lepas dh masak ketupat, buat kuah kacang, rendang dll badan ni rasa penat la plak..so terus lah cancel...tapi lepas balik jer dr pasar malam tadi, aku terus capai mixer dan alat penimbang..terus buat kek ni....
Lepas kukus, anak-anak dan hubby dh tak sabo-sabo nk tengok hasilnya. Maklum lah..esok nk bawak kek ni ke rumah mak mertua plak...(he,he,he...biasalah...esok kan semua menantu berkumpul...so masing2 nk tunjuk hasil masakan masing-masing....)
Aku potong la sikit..bagi para hakim ni rasa...diorang kata sedap..dan boleh buat lagi lain kali. Tapi aku rasa tak brapa cantik lah...lapisan dia tak brapa belance..ada yang nipis, ada yang tebal...maklum ler ni kali pertama aku buat kek lapis..kalau kuih lapis tu selalu ler...Nasib baik menjadi..kalau tidak...macam biasalah...Thanks to Kak Fida,,sebab bagi resepi yang sedap dan mudah.

Bahan-bahan
>5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
>225 g gula halus
>220 g tepung gandum*
>1 sk rata baking powder*
>1 sb ovalette
>150 ml susu cair
>1/2 sk garam
>100 ml minyak jagung/masak
>1 sk esen vanilla
>pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
>secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara
1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...