Sabtu, 13 Disember 2008

Putu Mayam

Ni hidangan petang kami sekeluarga. Hari tu teman ym (fendi) ada cakap, putu mayam ni kalo makan ngan kuah kari pun sedap. Aku tak tahu la plak, sebab selama hari ni cuma makan dengan kelapa parut dan gula merah jer. So hari ni try ler makan dengan kari...sedap la jugak..tp anak2 lebih suka makan dengan kelapa..nk buat mcam mana kan..... masing-masing punyer tekak.

Bahan-bahan300 g tepung beras
1 camt garam
500 ml air
kain jarang/muslin
penyejat rotan

Cara-cara
1.Sangai tepung beras atas api perlahan hingga panas (jangan sampai keperangan).
2.Ayak dengan garam ke dalam mangkuk besar.
3.Tuangkan air dan gaul sebati.
4.Isikan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan tanpa henti hingga adunan keras.
5.Kacau cepat-cepat hingga adunan tidak melekat di sekeliling periuk.
6.Angkat dan biar doh sejuk sedikit.
7. Jerang air hingga mendidih dan terbalikkan penyejat rotan ke atas air mendidih tadi.
8.Alas dengan kain muslin.
9.Isikan adunan ke dalam acuan putu mayam dan tekan ke atas kain tadi (dlm bentuk membulat). Jangan terlalu rapat.
10.Kukus selama 8-10 min atau hingga masak.
11.Angkat dari kain dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Sesuai dihidangkan bersama kelapa parut putih & gula merah ataupun bersama kari ayam/daging/ikan

* acuan putu mayam ni sama ler macam acuan yang buat maruku tu, cuma tukarkan pallet dia jer, pilih yang lubang-lubang halus tu . Kalau takde jugak, guna acuan yang buat biskut tekan-tekan tu, ala...biskut kastart ke apa ker... (sori..tak tau nama biskut tu)

1 corat coret:

AnisZahra berkata...

Mintak share ramuan ni okay. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...